OLLE   MELVIN   JENUIN
  • Home
  • Refleksi Saya
  • Tugasan
  • Biodata
PENGENALAN

Salam sejahtera saya ucapkan kepada para pembaca. Pertama, saya berterima kasih kerana meluangkan masa anda untuk membaca ruangan blog saya ini.

saya Olle Melvin Jenuin, berasal dari Negeri di bawah Bayu iaitu Negeri Sabah. Saya merupakan pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam Program Pendidikan Sukan Dan Rekreasi ambilan September 2014.
Sebenarnya, saya tidak menyangka bahawa diri ini akan menjadi salah seorang mahasiswa di Universiti yang sangat terkemuka ini dan merupakan salah satu research Universiti di Malaysia. Impian untuk menjadi seorang Guru semakin hampir saya rasakan. Cita-cita untuk menjadi seorang guru ini wujud dalam diri saya semasa saya meningkat remaja. Kepekaan saya terhadap orang-orang dan keadaan di sekeliling saya memotivasikan diri saya untuk mengejar cita-cita yang murni ini. Keadaan keluarga saya yang boleh dikategorikan sebagai rakyat berpendapatan rendah turut membuatkan saya sentiasa berusaha dalam apa jua perkara selama ini.

Satu hari nanti, saya berimpian untuk mengubah pendapat dan pandangan orang ramai terhadap penduduk Negeri Sabah yang selalu dipandang rendah dan dipulaukan daripada pergaulan masyarakat Malaysia yang lain. Saya akan berusaha menjadikan diri saya sebagai contoh dan pandangan pertama orang ramai terhadap penduduk Negeri Sabah yang lain yang mana berwawasan, bermotivasi, mempunyai prinsip yang teguh, mempunyai semangat yang tinggi, berpikiran terbuka dan mampu menguasai teknologi terkini dengan baik dan mahir.

Sekian pengenalan daripada saya.
SELAMAT MEMBACA !


Picture
Picture
Powered by Create your own unique website with customizable templates.