OLLE   MELVIN   JENUIN
  • Home
  • Refleksi Saya
  • Tugasan
  • Biodata

ASSIGNMENT 1 (COMPUTER AS TOOL, TUTOR AND TUTEE)

10/27/2014

0 Comments

 
Salam Sejahtera saya ucapkan.

   Pada hari Jumaat yang lalu, iaitu pada 19 September 2014 ialah merupakan kelas pertama GE1155  Komputer Dalam Pendidikan bagi kumpulan Sukan dan Rekreasi kedua (SR2). Pensyarah yang mengajar dalam kelas bagi SR2 ini adalah Dr. Siti Fatimah Mohd Yassin.

   Pada mulanya, kami disuruh untuk membentuk satu kumpulan yang terdiri daripada tiga orang pelajar yang akan kekal sehingga tamat semestar. selepas itu, kami diminta untuk mendaftarkan senarai nama ahli kumpulan di i-folio. oleh kerana jumlah pelajar dalam kelas tidak mencukupi, ahli kumpulan saya hanya terdiri daripada dua orang iaitu :
     1. Olle Melvin Jenuin
     2. Stoney makirim

   Seterusnya kami diminta untuk membina atau mendaftar mel elektronik Gmail masing-masing dengan menggunakan nama penuh untuk menunjukkan bahawa akaun tersebut merupakan akaun rasmi kami. Saya telah membina akaun mel elektronik Gmail ini untuk saya sendiri dengan menggunakan nama penuh. Akaun Gmail saya ialah ollemelvin.jenuin@gmail.com. Seterusnya, saya telah membuat signature dalam mel elektronik saya yang mana akan disertakan secara automatik sekiranya saya menghantar email kepada sesiapa menggunakan mel elektronik Gmail ini.


   Selain itu, saya juga telah membina akaun Dropbox untuk memudahkan penyimpanan file-file secara online. Seterusnya saya telah membina akaun Weebly yang mana mempunyai tiga bahagian utama iaitu Biodata, Tugasan dan Refleksi.
Weebly saya boleh dicapai melalui pautan http://ollemelvin.weebly.com/. Dengan menggunakan username dan password weebly yang telah diberikan kami diminta untuk Log in dalam weebly masing-masing untuk menukar password tersebut.
Seterusnya, saya telah membina tiga page dalam blog weebly tersebut iaitu Refleksi Saya/My Reflection, Tugasan/Assignment dan Biodata Diri/My Biodata seperti yang telah diarahkan. Melalui kelas pada minggu ke-2 dan tugasan yang pertama ini, minat saya terhadap komputer khususnya tentang pembinaan dan penggunaan blog timbul dalam diri saya. saya berharap dapat mempelajari pelbagai perkara lagi pada kelas-kelas yang akan datang.

Sekian, terima kasih.
0 Comments



Leave a Reply.


Powered by Create your own unique website with customizable templates.